Followers

Thursday, December 22, 2011

harini..
saya tekad untuk mengikut abang sulung saya..
berharap dapat belajar sesuatu dengannya..
dengan semangatnya saya set jam pukul 5.45pg sebelum tidur..
dan pabila tiba waktunya, entah kenapa hanya butang snooze yang dapat saya tekan..
ha ha ha


setelah selesai segala urusan pagi ini..
cepat2 saya berlari naik ke dalam lori..
takut kene tinggal..


oh ya..
udara pagi subuh ini saaangat-sangat nyaman(aircond je",)
pemandangan dari dalam lori saangat indah..
maaf tak dapat saya gambarkan melalui penulisan..
kerana lori lebih tinggi dr kancil(tp xboleh lwn tinggi bas...kot)
dari situ saya dapat lihat langit yang luas..
selalunya saya hanya dapat lihat batang pokok bersusun..
tapi kali ni saya dapat lihat dedaunan di pohon yang berselerak..
bersyukur..
benar, waktu dhuha itu waktu kecantikanMu..
sangat indah,
sangat berkuasa,
dan susah untuk menggambarkan nikmat waktu dhuha jika kita tidak merasainya sendiri..
"kalau lepas subuh jangan tidur balik, pegi start moto beli sarapan. sedut udara pgi tu, udara pagi tu susah nak ckp mcm mane nikmatnye" oh.. ini la kata2 abang saya..
'tp boleh ke? sekarang susah nk tido la bang. haih~'<--alasan semata


dari satu negeri ke satu negeri kami pintas..
satu per satu destinasi kami berhenti..
menghantar bekalan keperluan mereka..
melihat keletah dan gelagat mereka antara mereka..
menunjukkan bahawa perhubungan sangat penting..
tanpa mengira agama, kaum dan bangsa..
sama-sama mencari rezeki..
sama-sama berusaha..
benar kata dia..
'rezeki yang diturunkan akan disampaikan melalu perhubungan antara manusia sesama manusia'


DOA DHUHA
ya Allah
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu
kecantikannya kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu
ya Allah,
jika rezeki masih di langit turunkanlah,
jika di bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah,
berkat waktu dhuha,
kecantikanmu
keindahanmu
kekuatanmu
kekuasaanmu
limpahkan kepadaku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba2mu yang soleh..


okey..
akhirnya perjalanan saya berakhir pada pukul 9mlm.
keluar tanpa matahari, balik juga tanpa matahari.. 
lagipun mendung sepanjang perjalanan..
mane la kamu encik matehari??

No comments:

Post a Comment