Followers

Friday, December 16, 2011

dahulu
saya punyai banyak cita-cita
cita-cita untuk berjaya
kalau nak disenaraikan memang panjang lebar lah untuk dibaca
jadi biarlah cita-cita dan angan-angan tersebut hanya dalam hati ini..

dahulu
pelbagai usaha untuk saya capai cita-cita tersebut..
ke sana
ke sini
dengar ceramah sana
dengar motivasi sini
kadang-kadang bile tolong ayah dan abang meniaga,
upah yang diberi cepat-cepat saya simpan..
nanti saya tak boleh beli ape yang saya angankan,
walaupun duit yang saya dapat tu sangat jauh dengan harga sebenar..
hahahaa~

kemudian
saya tersedar cita-cita tersebut hanya terhadap dunia yang fana..

sekarang
saya dah bahagia dengan apa yang saya ada..
saya dah bahagia dengan cara hidup saya..
saya dapat ketawa dengan bebas..
saya dapat bergurau senda dengan senang hati..
saya dapat pergi kemana yang saya hajati..
cukup lah dengan apa yang ada..


benar
ramai yang mengatakan bahawa 'gaji' yang kita dapat kurang setimpal dengan harga barang semasa..
benar..
bukan untuk berpolitik..
cuma bagi saya 'gaji' yang saya peroleh sekarang masih lagi setimpal dengan keadaan saya..
pernah dengar mereka yang punyai kekayaan tetapi hati mereka kosong?
saya pun tak pasti kenapa..
cuma
bila sudah sampai waktu untuk saya mencari kesenangan untuk anak saya,
saya akan berusaha sehabis mampu~

sekarang
saya tak perlu berlari untuk mencari kekayaan dunia..
saya tak perlu bersengkang mata lagi..
yang saya perlu
hanyalah mereka semua

temani saya
semasa saya tidur,
semasa saya makan,
semasa saya masak,
semasa saya menonton tv,
semasa saya menghadapi ujian,
semasa saya berborak,
bergelak ketawa dengan saya
bergurau senda dengan saya..
cukuplah dengan rezeki yang Allah berikan di dunia ini....
saya dah sedar, apa yang saya inginkan sebenarnya..
sehingga hari tua
bukan wang dan pangkat penentu kebahagiaan
cinta dan kasih mengikat kegembiraan sejati
terima kasih ya Allah..

saya.. 
saya takut~
bila saya dah terlalu selesa dengan dunia,
saya terlupa akhirat....

saya berubah..
sama jua dengan manusia..

No comments:

Post a Comment