Followers

Friday, December 30, 2011

hati terasa kosong..

saya perlukan udara segar~

Monday, December 26, 2011

berhenti bermain kata-kata..
kerana jawapan sudah tersedia..
mari kita bergerak ke hadapan Wahida..
memilih jawapan yang InsyaAllah pasti..
:)

Friday, December 23, 2011

mati-mati ingatkan salji..
rupe-rupenye hujan gerimis..
hahaha~

Thursday, December 22, 2011

Islam ini MUDAH..


dan juga meMUDAHkan..


tapi kite TAK BOLEH ambil MUDAH..


^_^


(petikan dari IKIM FM)
harini..
saya tekad untuk mengikut abang sulung saya..
berharap dapat belajar sesuatu dengannya..
dengan semangatnya saya set jam pukul 5.45pg sebelum tidur..
dan pabila tiba waktunya, entah kenapa hanya butang snooze yang dapat saya tekan..
ha ha ha


setelah selesai segala urusan pagi ini..
cepat2 saya berlari naik ke dalam lori..
takut kene tinggal..


oh ya..
udara pagi subuh ini saaangat-sangat nyaman(aircond je",)
pemandangan dari dalam lori saangat indah..
maaf tak dapat saya gambarkan melalui penulisan..
kerana lori lebih tinggi dr kancil(tp xboleh lwn tinggi bas...kot)
dari situ saya dapat lihat langit yang luas..
selalunya saya hanya dapat lihat batang pokok bersusun..
tapi kali ni saya dapat lihat dedaunan di pohon yang berselerak..
bersyukur..
benar, waktu dhuha itu waktu kecantikanMu..
sangat indah,
sangat berkuasa,
dan susah untuk menggambarkan nikmat waktu dhuha jika kita tidak merasainya sendiri..
"kalau lepas subuh jangan tidur balik, pegi start moto beli sarapan. sedut udara pgi tu, udara pagi tu susah nak ckp mcm mane nikmatnye" oh.. ini la kata2 abang saya..
'tp boleh ke? sekarang susah nk tido la bang. haih~'<--alasan semata


dari satu negeri ke satu negeri kami pintas..
satu per satu destinasi kami berhenti..
menghantar bekalan keperluan mereka..
melihat keletah dan gelagat mereka antara mereka..
menunjukkan bahawa perhubungan sangat penting..
tanpa mengira agama, kaum dan bangsa..
sama-sama mencari rezeki..
sama-sama berusaha..
benar kata dia..
'rezeki yang diturunkan akan disampaikan melalu perhubungan antara manusia sesama manusia'


DOA DHUHA
ya Allah
sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha Mu
kecantikannya kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindunganMu
ya Allah,
jika rezeki masih di langit turunkanlah,
jika di bumi keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah,
berkat waktu dhuha,
kecantikanmu
keindahanmu
kekuatanmu
kekuasaanmu
limpahkan kepadaku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba2mu yang soleh..


okey..
akhirnya perjalanan saya berakhir pada pukul 9mlm.
keluar tanpa matahari, balik juga tanpa matahari.. 
lagipun mendung sepanjang perjalanan..
mane la kamu encik matehari??

Tuesday, December 20, 2011

wah!!
sangat lama rasanya tidak pegang senduk, sudip, periuk dan kuali di dapur..
sudah lama tidak menjadi chef..
selalunya hanya bertindak sebagai pembantu chef..
sampai kan masak sup pun sudah lupa teknik yang patut di aplikasikan..
nasib baik beliau ada..
alhamdulilah rasa sup tak berubah menjadi rasa kari..
ha ha ha..(gelak kelegaan)

baeklah..
sempena saya di rumah, biarlah saya belajar menjadi suri rumah yang sebenar..
rutin yang sudah lama saya tinggalkan..
saya akan cuba mencari rentak tersebut..
semoga saya berjaya..
amin~
lelaki yang menjadi IMAM akan dihormati dan disegani serta menjadi kebanggaan kepada isteri, dan anak-anak mereka..
sumber dr sedutan rancangan astro oasis
~

semoga suami saya dapat menjadi imam kepada saya dan anak-anak saya..
amin~

hanya kamu harapan saya'',

Friday, December 16, 2011

dahulu
saya punyai banyak cita-cita
cita-cita untuk berjaya
kalau nak disenaraikan memang panjang lebar lah untuk dibaca
jadi biarlah cita-cita dan angan-angan tersebut hanya dalam hati ini..

dahulu
pelbagai usaha untuk saya capai cita-cita tersebut..
ke sana
ke sini
dengar ceramah sana
dengar motivasi sini
kadang-kadang bile tolong ayah dan abang meniaga,
upah yang diberi cepat-cepat saya simpan..
nanti saya tak boleh beli ape yang saya angankan,
walaupun duit yang saya dapat tu sangat jauh dengan harga sebenar..
hahahaa~

kemudian
saya tersedar cita-cita tersebut hanya terhadap dunia yang fana..

sekarang
saya dah bahagia dengan apa yang saya ada..
saya dah bahagia dengan cara hidup saya..
saya dapat ketawa dengan bebas..
saya dapat bergurau senda dengan senang hati..
saya dapat pergi kemana yang saya hajati..
cukup lah dengan apa yang ada..


benar
ramai yang mengatakan bahawa 'gaji' yang kita dapat kurang setimpal dengan harga barang semasa..
benar..
bukan untuk berpolitik..
cuma bagi saya 'gaji' yang saya peroleh sekarang masih lagi setimpal dengan keadaan saya..
pernah dengar mereka yang punyai kekayaan tetapi hati mereka kosong?
saya pun tak pasti kenapa..
cuma
bila sudah sampai waktu untuk saya mencari kesenangan untuk anak saya,
saya akan berusaha sehabis mampu~

sekarang
saya tak perlu berlari untuk mencari kekayaan dunia..
saya tak perlu bersengkang mata lagi..
yang saya perlu
hanyalah mereka semua

temani saya
semasa saya tidur,
semasa saya makan,
semasa saya masak,
semasa saya menonton tv,
semasa saya menghadapi ujian,
semasa saya berborak,
bergelak ketawa dengan saya
bergurau senda dengan saya..
cukuplah dengan rezeki yang Allah berikan di dunia ini....
saya dah sedar, apa yang saya inginkan sebenarnya..
sehingga hari tua
bukan wang dan pangkat penentu kebahagiaan
cinta dan kasih mengikat kegembiraan sejati
terima kasih ya Allah..

saya.. 
saya takut~
bila saya dah terlalu selesa dengan dunia,
saya terlupa akhirat....

saya berubah..
sama jua dengan manusia..

Monday, December 12, 2011

malam 13 disember

malam ni bulan sangat cantik.. 
sangat memukau..
subhanallah..
sepanjang perjalanan melihat ciptaan-Mu..
kemudian beralih pandangan kepada langit..
waaah~~ langit ini sangat luas..
dan sangat2 luas tiap kali memandangnya..
langit ini tak pernah mengecil..
kemudian terpandang pula ke arah pokok yang tinggi dan kelihatan gelap tanpa cahaya..
"jauh sungguh jarak antara pokok yang tinggi ini dengan bulan itu"
kemudian..
"jauh juga jarak aku dengan pokok itu"
hmm.. apatah lagi antara aku dengan bulan tersebut..
jika ada seseorang di permukaan bulan itu, mesti hamba tersebut tak dapat melihat aku sedang berdiri di sini..
apatah lagi jika melihat dari hujung langit Allah..

subhanallah..

saya pun tak tahu dimana letaknya hujung langit ini..

Saturday, December 10, 2011

induksi saya..

alhamdulilah...
induksi dah tamat..
lepas seminggu jadi orang tahanan di sana..
5 dis-10 dis
kini kami sudah bebas..
freedom..
^^
paling seronok bile malam kami dibebaskan,
kami disajikan dengan gerhana bulan sepanjang perjalanan ke rumah..
malam tadi memang sangat cantik..
rugi kalau terlepas..

kemudian.. bile bangun pagi ni..
konfius..
ingatkan masih lagi dekat asrama tersebut..
hahaha!

sudah la.. ape yang aku merepek ni??