dalam masa sebulan 2 rakan saya sudah dikembalikan..
al-Fatihah untuk mereka..
semasa mendengar kabar berita tersebut, terdetik di dalam hati..
"mereka sudah merasa tidur di dalam tanah.. mungkin suatu hari sampai waktuku"
lelaki -20 tahun..
perempuan - 22 tahun..
him..
- sebelum pemergian, beliau sudah berubah.. benar2 berubah,, sehingga beliau yang memberi pengajaran kepada ku sebelum beliau kembali.. Alhamdulilah..
semoga pemergian beliau diikuti dengan rahmat-Mu ya Allah..
her..
- sudah bertahun2 beliau berjuang melawan dugaan Mu.. sakit yang dialami sejak kecil adalah suatu perkara yang membuatkan beliau mengenal erti kehidupan yang sebenar.. semoga pemergian beliau diredhai dan ditempatkan dikalangan orang2 mukmin.. Amin~
semasa mendengar berita2 tersebut, serta merta teringat pasal mereka..
teringat kenangan bersama mereka,
cerita mereka,
gelak mereka,
gerak geri mereka..
walaupun mereka tiada disisi..
semangat mereka dan cerita mereka masih ada..
meninggalkan segalanya dengan penuh pengajaran dan ikhtibar..
jarak waktu perkenalan bukanlah pengukur dalam suatu perhubungan..
hubungan tetap hubungan..
saudara tetap se Islam..
lebih baik perkenalan yang singkat tetapi dapat memberi impak yang besar dalam hidup..(+ ways)
ah~
menyedarkan diri bahawa kebenaran hidup didunia hanya sementara..
sangat2 benar..
dan pasti terdapat suatu waktu dimana waktu itu benar2 akan berhenti..
semasa peringatan tentang maut datang padaku..
dengan perlahan2 saya akan perlahankan nafas kemudian hentikannya..
ya..
mungkin inilah perasaannya sewaktu saya akan meninggalkan dunia ini..
terbayang tanah di sekelilingku..
dan keadaan gelap didalam itu..
bersendirian..
tiada peneman..
tiada seorang pun akan ada disisi..
kemudian..
teringat seorang demi seorang manusia yang masih punya nyawa pergi meninggalkan kuburanku..
tinggalkan ku seorang di situ..
ya..
itulah yang aku bayangkan..
tetapi realiti mungkin tidak akan sama..
expect the unexpected..
Allah..
Allah..
Allah..
Allahu Akbar..
dunia, oh dunia..
kamu memang pandai menghiasi pandangan kami..
sehingga kabur mataku..
kabur hingga tidak nampak cahaya..
kabur..
dan kabur..
Nurul Wahiedahtul Izzaty..
jagalah perhubungan mu dengan insan didunia ini..
jangan kau lupa..
pergilah kamu merayu meminta maaf kpd siapa kamu membuat salah..
walaupun sedikit,
secalit sekalipun..
kerana disana nanti tiada penyesalan..
tiada detik untuk kembali semula..
dunia hanya pinjaman sementara, sayangilah mereka..
belajar lah selagi boleh...
memaafkan,
meminta maaf,
menghalalkan,
meminta halal,
bersyukur,
menghargai,
menghormati..
ya..
tahu kamu ini hanya insan biasa,
tidak boleh penuhi semuanya..
at least kamu perlu berubah..
perubahan yang baik..
sangat menguntungkan..
yang buruk,
dan segalanya yang buruk,
dan yang negative,
semuanya berpunca dari kamu sendiri..
ingatlah..
yang baik,
dan yang baik.
dan yang terbaik datangnya dari Ya Rabbul Izzati..
jadilah yang baik wahai Wahida..
carilah yang terbaik..
kamu boleh..
mereka sapot kamu!
pemergian mereka memberi pengajaran..
semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
pemergian mereka..
dari dasar lubuk hati masih tidak mempercayai pemergian mereka..
kata2 seorang sahabat
"redhai lah pemergian mereka, tiap kali kamu teringatkan nya, sedekahkan lah al-Fatihah kepada mereka"
benar..
bila dah jauh baru terasa rindu..
sedih..
kehilangan mereka..
Allah lebih menyayangi..
maaf..
saya masih tak dapat terima hakikat walaupun sahabat saya sudah beri bukti yang kukuh..
maaf tidak melawat sebab saya tak tahu dapat terima atau tidak..
jika kehadiran saya sewaktu itu akan menimbulkan kepiluan,
saya pilih untuk duduk dirumah dah pohon kesejahteraan di rumah sahaja..
teringat semasa arwah menjalani ujian bone marrow..
first nak serender tgk,
lambat ambil mase utk msk bilik ujian tersebut..
dengan lemah aku amek keputusan utk masuk tgk beliau..
kami berborak seketika sebelum ujian tersebut..
awak..
maafkan saye jika senyuman saya hambar waktu itu..
saya dah cuba sehabis mungkin..
melihat kamu memakai pakaian pesakit..
hatiku berdetik"kamu..kan kita satu batch praktikel..kenape kamu ade kat situ?"silence
semasa test berjalan..
hanya senyuman..
dan gelak ketawa..
tiada jeritan atau keluhan yang dikeluarkan..
walaupun ianya sangat sakit..
mase tu mmg rase nak hentak je dokto yang buat tu..
dan die tetap tabah..
sangat2 tabah..
maafkan saya tidak dapat lawat kamu dengan keadaan kamu memakai pakaian itu..
saya masih perlukan masa untuk terima kenyataan..
kerana semangat mereka membuatkan saya tidak percaya..
apa yang terjadi~
semoga kamu aman di perkampungan mu di sana..amin..ya
Al-Fatihah~
No comments:
Post a Comment