21 mei 1990
hospital kem terendak..
dengan sabar beliau menunggu kehadirannya..
walaupun terpaksa menunggu di dalam hospital untuk beberapa hari..
masih tetap sabar menunggu..
dengan berkat doa dan kesabarannya..
hinggalah suatu masa 'kehadiran' ini dirasai..
oh ya..
kakak beliau juga berada didalam wad yang sama..
"menitis air mate maklong mase tgk mama ko kne tolak kat dalam dewan bersalin..."
ya..
jika saya ada di situ pun airmata saya pasti mengalir..
pasti..
kemudian dengan sepenuh kekuatan dan sepenuh semangat beliau mencari 'kehadiran' itu..
mencuba,
menjerit,
menangis,
tidak dapat dibayangkan..
dan pabila 'kehadiran' itu muncul..
"perasaan mama mase tu bercampur" <-- ya.. inilah apa yang beliau kata..(senyum)
kemudian..
'kehadiran' ini diberi nama..
Nurul Wahiedahtul Izzaty
"mama, ape maksud nama adik ni??"
"cahaya tunggal sejati.. sebab adik sorang je anak perempuan mama"
ups.. terpana seketika..
dimana ayah waktu itu?
oh ya..
beliau juga ada..
ada di sisi peneman hidup yang setia..
senantiasa..
pabila makin besar 'kehadiran' ini..
makin pening melayan keletah nya..
hahahaa~
semasa 'kehadiran' kini di tadika
pernah sekali tadika ini membuat lawatan ke zoo melaka dengan rakan2 sebaya,
yaaaho!
main dan main dan main dan main!
main dan main dan main dan main!
yaaa~~ :D
kemudian..
lawatan tersebut beralih ke ulu bendul..
sampai2 sana..
"MAMA! AYAH!"
terkejut melihat ayah dan mamaku berada disana..
hahaha! rupa2nya..
beliau bekata "mama dgn ayah ikut sejak dari adik naik bas rombongan lagi"
terus kehadiran ini picnic bersama ayah,mama, abglong dan abgdik..
kembalinya ke tadika,
rakan2ku berkata "rugi tak ikut sampai habis, kitorang dapat hadiah pensil box"
aku menjawab dlm hati "lagi rugi bile tinggalkan 'permata' yang ada depan mata"(senyum)
selepas beberapa tahun..
kehadiran ini membesar dengan 2 abang yang sangat nakal..
jadi,
"saya nakal sebab abang2 saya nakal la(alasan)" :p
tiap2 kali salah yang teruk dan yang akan memalukan mereka
hmmm,
hanger, getah paip, tangan dan sebagainya yang boleh dicapai..
yea~
apalagi bila semua ini sudah menunggu kami..
hanger = patah2
getah paip = dari keras jadi lembut
tangan mama = bengkak!
hahahahaaa!
time ni..
meraung, melalak, menangis, tiada guna lagi..
meraung, melalak, menangis, tiada guna lagi..
TAPI~
bile ayah balik dr kerja,
cepat2 ayah selamatkan kami (Ayah! ur the hero! wink3! :D)
well..
dengan benda2 sebegini akan membuatkan saya belajar tentang kehidupan..
(bersyukur dengan ajaran mama dan ayah)
semasa malam hari..
sewaktu saya tidur..
terasa sesuatu yang bergerak di badan saya..
ermm.. diam2, buat2 tidur..nanti kene bantai lagi..
ermm.. diam2, buat2 tidur..nanti kene bantai lagi..
rupa2nya.. mamaku sedang menyapukan ubat sewaktu kami sedang tidur..
hatiku berdetik 'mama~'
inginku menangis terharu..
tetapi kan aku tgh pura2 tidur..
siap mama sapukan ubat terus aku peluk bantal dan mengalirkan airmata senyap2..
"hati seorang ibu tidak akan tergamak menyentuh anaknya walaupun cubitan yang sedikit"
itulah kata2 seorang ibu..
ayah..
pernah suatu ketika makanan tinggal sedikit dirumah..
"adik, meh makan"
terus aku mencedokkan makanan,
tiba2 baru aku perasan..
"ayah tak makan ke?"
"tak.. ayah dah makan kat luar tadi.. ayah dah kenyang"
dengar sahaja begitu..
aku pun makan sehingga habis..
mama baru balik dari rumah atok
terus aku bertanya..
terus aku bertanya..
"mama, ayah makan kat mane tadi?"
"ayah belum makan, dari tadi ayah gi kebun agrotek.. kenape?"
"taade pape(terdiam)"
semasa mengambil result spm..
setelah ambil sahaja result tersebut..
terus aku keluar dari bilik darjah itu..
berdiri sendirian jauh dari kelompok rakan2..
eyh..
mane A ni??
terdiam..
pelek sebab rasa pelek..
tiba2 ayah dan mama muncul dari belakang..
"macam mane result?"<--mama
terus aku terdiam dan terkejut..
pandang sahaja muka ayah dan mama yang masih mampu tersenyum..
serta merta airmata aku mengalir..
"taape la ye, kan exam je.. bukannye ade ape2 pun.. lain kali usaha lagi ye(senyum)"<-- ayah
terus mereka memeluk aku sambil menenagkan aku..
sekejap sahaja kejadian ini berlaku..
kerana mereka faham..
airmataku akan sentiasa mengalir dan hatiku akan menjadi lemah dengan kehadiran mereka...
mereka tetap senyum..
dan senyum..
dan sentiasa senyum..
hmmm~ sungguh..
pabila teringat mereka..
sangat2 merindui mereka..
walaupun berada dihadapan pun terasa ingin memeluk mereka..
haritu saya main2 dengan janggut ayah..
hahahaa!
teringat sewaktu kecil ayah selalu mainkan janggut dekat anak2nye..
saya sayang mereka..
tiap2 21 mei..
ada sahaja kejutan yang dibuat oleh mereka..
sehingga pernah aku berkata pada mama
"mama, adik xdapat balas semua yang mama dah buat pada adik"
"mama, adik xdapat balas semua yang mama dah buat pada adik"
mama senyum sahaja
"mama tak mintak ape2, mama cuma nak adik berjaya je.. cukup la"
terdiam..
mampukah saya?
sehingga kini..
mereka masih setia menanti saya..
walaupun saya sudah menjangkau 21 tahun..
bermakna mereka sudah menjaga saya selama
252 bulan
7560 hari
181440 jam
10886400 saat..
tanpa jemu..
tanpa lelah..
tanpa paksaan..
tanpa rungutan..
ucapan yang sempat diberikan pada genapnya 21 tahunku..
"mama, terima kasih lahirkan adik dan adik sayang mama"
"mama, terima kasih lahirkan adik dan adik sayang mama"
"ayah, terima kasih jaga adik.. saayang ayah"
alhamdulilah.. adik sentiasa diberi kesempatan meluahkan rasa kasih adik..
yaAllah.. terima kasih kerana memberikan kesempatan ini untuk menyatakan rasa kasihku pada mama dan ayahku.. sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku sejak aku kecil sehinggalah aku besar.. hargailah mereka sementara mereka masih hidup.. ya.. mereka lah kiri dan kanan ku~
;)
ReplyDelete:)
ReplyDelete