saya masih manja lagi kah?
entah..
kadang2 walau ada depan mata rasa seperti sangat2 merindui mereka..
selalu salahkan diri kerana tidak dapat balas apa yang mereka sudah lakukan pada diri ini..
memang sangat tidak mampu membalas segalanya~
pernah terbaca, Allah anugerahkan kasih dalam diri mereka terhadap anak2 yang begitu mendalam dan walaupun anak tersebut sangat2 kurang ajar, mereka tidak akan mudah berkecil hati..
subhanallah~
tetapi, kenapa saya(anak) selalu mudah ambil hati atas apa yang mereka katakan..
kenapa saya begini???
tadi, dia menyatakan hasrat untuk mencari cahaya di sana..
katanya, dia ingin memenuhi sebahagian hidupnya disana..
aku terdiam, tidak membantah, tidak mengiya..
cuma..
bagaimana jika aku merindui mereka??
adakah aku kuat??
airmata..
walaupun tidak selalu berhubung, tetapi selalu mengalir..
tidak mengapakan selalu begini..
aku, hanyalah seorang anak..
yang pernah dilahirkan oleh hanya seorang insan, mama..
dan ditatang dengan penuh hati hati oleh seorang insan, ayah..
cinta mereka sungguh suci..
cinta yang dihormati dan disanjungi..
anak durhaka,
anak memberontak,
anak emas,
anak yang berdosa,
oh anak..
dari kecil saya mengambil segalanya dari kamu,
airmatamu, keringatmu, perutmu, darahmu, tidurmu, makanmu, kasihmu..
masih diterima walaupun semua title tersebut pernah dipegang..
jadi.. sampai bila kamu mahu pegang title tersebut wahai Nurul Wahiedahtul??
saya suka susahkan manusia yang lain..
kenapa masih suka menyusahkan orang lain??
maaf,
bukan niat untuk tidak mahu beritahu semua perkara..
tapi, ayah tahu saya paling lemah pabila menjadikan dia tempat ku mengadu..
silap2.. dua hari ayah kena pujuk aku berhenti membuang cecair..
cuma,
terima kasih kerana tadi memberikan nasihat kepada ku,
oh no.. hati berombak..
tiap patah kata ayah aku menahan sebak..
sudah lama tidak mendengar nasihat dari ayah..
adakah adik sudah hancurkan hati ayah lagi??
menjadi anak yang patuh..
maaf, saya tidak mampu menjadi sempurna..
tetapi,
saya akan berusaha menjadi anak yang terbaik..
jadi..
betullah..
saya masih tidak matang,
saya masih manja,
dan saya sayang,
sayang mereka..
jika benar mereka ingin kesana..
jagalah dirimu sahaja..
janganlah risau akan diriku..
kerana aku akan meminta Dia menjaga diriku,
dan dirimu..
insyaAllah~
"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda..
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...
Amin Ya Rabbul Alamin..
p/s : Ayah, Mama, ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
No comments:
Post a Comment