Followers

Monday, July 1, 2013

GODAAN DUNIA - AHMADI HASSAN

lirikan matanya beralih ke cermin tengah..

mengintai intai anak gadisnya yang leka duduk di belakang..

entah berapa kali keluhan dikeluarkan..

pandangan kosong..

corong radio yang sepi..

buntu..

lantas terus ia menyanyi..

menghiburkan hati anak gadisnya..

Hidup didunia,
Hidup didunia,
Hidup didunia,
Waspada berwaspada.

Godaan menggoda,
Godaan menggoda,
Godaan menggoda,
Semua manusia.

Sedarlah!
Awaslah!
Teman semua,
Jauhilah! Jauhi godaan dunia,

Sedarlah!
Awaslah!
Teman semua,
Jauhilah! Hindarilah! godaan yang membawa bencana,
dan perkataan pada semua umat manusia.

janganlah kau bawakan dirimu hanyut didalam arus alam derita,
derita kerana dikau tiada menghindari segala godaan dunia.



serta merta anak gadis itu tersenyum..

walaupun dengdangan lagu tidaklah seperti nyanyian sebenar,,

ianya cukup membuatkan hati ini gembira..

terus tersenyum tanpa disedari..

terus memecahkan kebuntuan tersebut..

alhamdulilah.. 

^^

p/s: susah juga nak cari lagu nasyid dahulu ni.. those yang nak dengar.. ini lagu yang ayah saya nyanyikan~ how sweet my ayah:)






Monday, May 20, 2013

my life ~! ;D


Tuesday, May 14, 2013

Asalamualaikum, 

Maaf mengangu, cume nak berkongsi ilmu, nota cinta, setiap manusia mempunyai nota cinta sendiri, yg membezakan ia hanya pengalaman dalam bercinta. 

Manusia ingin dicintai.

Jadi pasti ada liku dalam bercinta, tanpa dugaan sesuatu hubungan itu tidak akan kuat, semakin kuat dugaan semakin rapat hubungan sesuatu pasangan itu.  

Mengambil berat itu salah satu benda yg membuat pasangan kita dihargai, hormat perlu ada, jujur dalam perhubungan, menjaga batas pergaulan, itu yg penting dan patut dititik beratkan, agar suatu perhubungan itu direstui oleh Allah. 
  
Kita ni sebagai manusia mmg x sempurna, mempunyai pelbagai perangai dan tingkah laku, yer mungkin ada yg seperti kebudak2kan walaupun umur sudah meningkat, dan ada berperangai matang wlaupun umur masih remaja, tapi yg perlu kita tahu adalah hati, keiklasan dan penerimaan sesuatu pasangan itu.

Di awal perhubungan mmg semua itu indah.. 

Untuk memastikan perhungan itu terus indah persefahaman antara pasangan itu penting. jadi saya cuba untuk  bercinta dgn cara islam...

InsyaAllah sesuatu hubungan itu akan kekal sampai akhir hayat. 

Itulah yg dinamakan jodoh dari Allah, cinta diberikan untuk orang yang iklas, itu yang dinamakan syurga cinta.  


*perkahwinan yang bahagia adalah apabila kita kerap jatuh cinta dengan seorang insan yang sama sampai bila bila :)  *

i love that quote

Wednesday, January 9, 2013

saya masih bernafas, saya masih disini

kata kata ayah..


ayah kalau boleh nak anak anak ayah kahwin cepat.. ayah nak kamu tahu, ayah nak kamu belajar erti tanggungjawab.. ayah pegang pada tiga perkara yang perlu dipercepatkan.. solat pabila masuk waktunya, tanam jenazah secepat yang mungkin, dan kahwinkan anak pabila waktunya.. kalau kamu lelaki ayah dah kahwinkan kamu.. tapi kamu perempuan.. ayah senang hati bila ada yang menjaga kamu, ayah tak ingin bebankan kamu.. sesiapa yang datang, kamu terima, ayah pun terima... nanti lepas kahwin, dengar kata suami, jangan melawan.. ayah tak minta duit kamu.. kamu kena jaga nama sebagai isteri..... 


maafkan adik ayah~