Followers

Thursday, April 12, 2012

kamu mengingatkan saya kepada saya..

kini kian menjadi saya yang sudah hilang..
saya yang sudah jadi tidak bersyukur,
saya yang mudah dihasut,
saya yang terlupa dengan budi dan peringatan yang sudah diberi..
subhanAllah..

kadang2 saya tertanya tanya..
bilakah saya akan dapat menikmati nikmat tersebut kembali..
sedangkan sujudku pun tak sempurna lagi..
subhanAllah..

siapalah saya untuk berkata saya yang terbaik..
siapalah saya untuk berkata bahawa saya sudah layak mendapat tempat di syurga..
siapalah saya untuk bermegah diri dengan sekecil kebaikan yang pernah saya lakukan..
sedarlah..
itu semua hanya angan angan dan mimpi yang dihasut oleh syaitan..
subhanAllah..

dahulu
tiap apa yang terjadi akan ku kisahkan kepadaMu walaupun Kamu tahu setiap apa yang berlaku, yang akan terjadi dan yang terselindung disebaliknya..
tetapi
kini saya sudah kurang bercerita dengan Mu,
saya sudah kurang berkongsi segala yang aku rasa dengan Mu,
saya sudah kurang berkongsi gelak dan tawa dengan Mu ya Allah,
saya makin jauh dengan Mu,
subhanAllah..


indahnya sewaktu kita bercinta:')
nikmat yang takkan dapat digambarkan..

ya Allah, aku sangat merinduiMu~
.missing our moment.

Tuesday, April 10, 2012

tiba-tiba rasa macam sedih dengan sikap mereka yang banyak bunyi..

diberi salah, tak diberi salah..

saya sudah diberi peringatan..

kalau tahu susah sila berusaha lebih..

silakan!

orang yang cakap berterabur ni selalunya kaki dia tempang sebelah!

kalau kite tanye satu soalan yang sama kepada seribu manusia yang ada di dunia ini,
seribu jawapan jua yang berlainan akan kita perolehi..

jujur~

Friday, April 6, 2012

harini hidup dengan sempurna..

hari ini hari jumaat..

alhamdulillah :)

pagi tadi ke pasar pagi..

rupa2nya kedudukan sudah berubah..

entah bile berubahnye..

saya pun tak pasti..

~ ~ ~

*cuba ingat kembali apa yang terjadi untuk hari ini*

okey..

dah tak ingat..

speechless~~

Thursday, April 5, 2012

kesan dari radioaktif pagi tadi kah?

subhanAllah~

selalunya tak macam ni..

teruk sangat malam ni..

jika ditakdirkan malam ini penamat..

saya mesti meminta maaf pada semua dahulu..

Wednesday, April 4, 2012

rezeki..

surat untuk lapor diri dah sampai..
hati saya berdetik ,
"dapatkah saya bertugas dengan baik?"

risau jika tak dapat lakukan tugas dengan baik..
lagi2 la saya yang mudah lupa ini..
sangat takut jika tersalah diagnose..
mintak2 dijauhkan..
saya taknak "human error" sebagai penyebab utama kesalahan berlaku..
-everybody make mistakes-
tapi alasan itu boleh dilakukan bila kita sudah berhati-hati
faham?!

GUD LUCK WAHIDA!
^^

medical laboratory technologist
here i come~

Monday, April 2, 2012

perpisahan, sentiasa bersama dengan kita..

lain sebab, lain cara..

tetap akan muncul..

pagi ni baca tentang kes penceraian..
talak ni atas lelaki kan?
sebagai perempuan, risau juga diceraikan bila sudah berkahwin..
biasalah, sebelum berkahwin dihasut-hasut suruh sentiasa bersama, bila dah kahwin ada sahaja yang tak kena.. setan2, kita ni kena lah kuatkan iman ya :)
bila dah hidup bersama,
makan, tidur, gelak, sedih, gaduh(oh, i love to fight), basuh baju, memasak, masuk hospital.. eh. (err.. bila bersalin kan suami kene teman.. hehe:p)
semua bersama..
tiba2 dalam satu ayat dia menjadi orang asing dalam hidup kita..
menakjubkan serta menakutkan( seriously:( )..


berpisah kerana sudah tak sefahaman dalam hidup kah?
saya tak tahu..
tapi,
saya pernah dengar satu ceramah tentang pengalaman penceramah ini..
beliau sudah berkahwin dengan isterinya selama berbelas tahun..
walaupun sudah berbelas tahun berkahwin,
beliau masih tidak faham isterinya..
sama juga dengan isterinya..
waktu perkenalan bukanlah penentu untuk menilai isi hati seseorang
tapi, mereka tetap bersama..
mungkin jodoh mereka panjang kot
alhamdulilah :)
mereka pesan, jangan cari kesalahan dan keburukan pasangan masing2..
tetapkan hati dan biarkan keburukan/kesalahan itu berlalu seperti detik waktu yang berlalu~ 


dia pernah berkata,
manusia ini fragile..
mudah berubah-ubah..
dan saya juga salah seorang dari manusia yang mudah berubah..
( harap berubah pada yang baik )
saya sendiri pun kadang2 tak faham dengan diri sendiri..
sebagai perempuan lagilah macam2,
bila dah sampai waktu, ada sahaja perangai yang baru..
 hormon katanya:p
mungkin tak semua perempuan yang mcm saya..
perangai pelik2.. 
cuma,
bila nak dapat kefahaman yang sebenar pabila manusia itu akan berubah?


sedih juga bila dengar berita macam tu..


andai kata bukan lagi jodoh..
moga diberi peluang untuk bahagia sekali lagi..


ada juga yang kata pada saya,
perkahwinan ini perjudian dalam hidup..
bila kita dah kahwin baru kita nampak segala2nya..
serahkan segalanya pada yang maha berkuasa untuk menentukan..


cuma kita hanya perlu berdoa..
permulaan yang baik, pengakhiran mestilah baik juga.
dan semoga mereka diberi kebahagiaan sekali lagi,
amin~
:)