Followers

Thursday, April 12, 2012

kamu mengingatkan saya kepada saya..

kini kian menjadi saya yang sudah hilang..
saya yang sudah jadi tidak bersyukur,
saya yang mudah dihasut,
saya yang terlupa dengan budi dan peringatan yang sudah diberi..
subhanAllah..

kadang2 saya tertanya tanya..
bilakah saya akan dapat menikmati nikmat tersebut kembali..
sedangkan sujudku pun tak sempurna lagi..
subhanAllah..

siapalah saya untuk berkata saya yang terbaik..
siapalah saya untuk berkata bahawa saya sudah layak mendapat tempat di syurga..
siapalah saya untuk bermegah diri dengan sekecil kebaikan yang pernah saya lakukan..
sedarlah..
itu semua hanya angan angan dan mimpi yang dihasut oleh syaitan..
subhanAllah..

dahulu
tiap apa yang terjadi akan ku kisahkan kepadaMu walaupun Kamu tahu setiap apa yang berlaku, yang akan terjadi dan yang terselindung disebaliknya..
tetapi
kini saya sudah kurang bercerita dengan Mu,
saya sudah kurang berkongsi segala yang aku rasa dengan Mu,
saya sudah kurang berkongsi gelak dan tawa dengan Mu ya Allah,
saya makin jauh dengan Mu,
subhanAllah..


indahnya sewaktu kita bercinta:')
nikmat yang takkan dapat digambarkan..

ya Allah, aku sangat merinduiMu~
.missing our moment.

Tuesday, April 10, 2012

tiba-tiba rasa macam sedih dengan sikap mereka yang banyak bunyi..

diberi salah, tak diberi salah..

saya sudah diberi peringatan..

kalau tahu susah sila berusaha lebih..

silakan!

orang yang cakap berterabur ni selalunya kaki dia tempang sebelah!

kalau kite tanye satu soalan yang sama kepada seribu manusia yang ada di dunia ini,
seribu jawapan jua yang berlainan akan kita perolehi..

jujur~

Friday, April 6, 2012

harini hidup dengan sempurna..

hari ini hari jumaat..

alhamdulillah :)

pagi tadi ke pasar pagi..

rupa2nya kedudukan sudah berubah..

entah bile berubahnye..

saya pun tak pasti..

~ ~ ~

*cuba ingat kembali apa yang terjadi untuk hari ini*

okey..

dah tak ingat..

speechless~~

Thursday, April 5, 2012

kesan dari radioaktif pagi tadi kah?

subhanAllah~

selalunya tak macam ni..

teruk sangat malam ni..

jika ditakdirkan malam ini penamat..

saya mesti meminta maaf pada semua dahulu..

Wednesday, April 4, 2012

rezeki..

surat untuk lapor diri dah sampai..
hati saya berdetik ,
"dapatkah saya bertugas dengan baik?"

risau jika tak dapat lakukan tugas dengan baik..
lagi2 la saya yang mudah lupa ini..
sangat takut jika tersalah diagnose..
mintak2 dijauhkan..
saya taknak "human error" sebagai penyebab utama kesalahan berlaku..
-everybody make mistakes-
tapi alasan itu boleh dilakukan bila kita sudah berhati-hati
faham?!

GUD LUCK WAHIDA!
^^

medical laboratory technologist
here i come~

Monday, April 2, 2012

perpisahan, sentiasa bersama dengan kita..

lain sebab, lain cara..

tetap akan muncul..

pagi ni baca tentang kes penceraian..
talak ni atas lelaki kan?
sebagai perempuan, risau juga diceraikan bila sudah berkahwin..
biasalah, sebelum berkahwin dihasut-hasut suruh sentiasa bersama, bila dah kahwin ada sahaja yang tak kena.. setan2, kita ni kena lah kuatkan iman ya :)
bila dah hidup bersama,
makan, tidur, gelak, sedih, gaduh(oh, i love to fight), basuh baju, memasak, masuk hospital.. eh. (err.. bila bersalin kan suami kene teman.. hehe:p)
semua bersama..
tiba2 dalam satu ayat dia menjadi orang asing dalam hidup kita..
menakjubkan serta menakutkan( seriously:( )..


berpisah kerana sudah tak sefahaman dalam hidup kah?
saya tak tahu..
tapi,
saya pernah dengar satu ceramah tentang pengalaman penceramah ini..
beliau sudah berkahwin dengan isterinya selama berbelas tahun..
walaupun sudah berbelas tahun berkahwin,
beliau masih tidak faham isterinya..
sama juga dengan isterinya..
waktu perkenalan bukanlah penentu untuk menilai isi hati seseorang
tapi, mereka tetap bersama..
mungkin jodoh mereka panjang kot
alhamdulilah :)
mereka pesan, jangan cari kesalahan dan keburukan pasangan masing2..
tetapkan hati dan biarkan keburukan/kesalahan itu berlalu seperti detik waktu yang berlalu~ 


dia pernah berkata,
manusia ini fragile..
mudah berubah-ubah..
dan saya juga salah seorang dari manusia yang mudah berubah..
( harap berubah pada yang baik )
saya sendiri pun kadang2 tak faham dengan diri sendiri..
sebagai perempuan lagilah macam2,
bila dah sampai waktu, ada sahaja perangai yang baru..
 hormon katanya:p
mungkin tak semua perempuan yang mcm saya..
perangai pelik2.. 
cuma,
bila nak dapat kefahaman yang sebenar pabila manusia itu akan berubah?


sedih juga bila dengar berita macam tu..


andai kata bukan lagi jodoh..
moga diberi peluang untuk bahagia sekali lagi..


ada juga yang kata pada saya,
perkahwinan ini perjudian dalam hidup..
bila kita dah kahwin baru kita nampak segala2nya..
serahkan segalanya pada yang maha berkuasa untuk menentukan..


cuma kita hanya perlu berdoa..
permulaan yang baik, pengakhiran mestilah baik juga.
dan semoga mereka diberi kebahagiaan sekali lagi,
amin~
:)

Wednesday, February 22, 2012

saya tahu..

dari situlah saya datang, dari situlah kami menjadi tiga..
dari situlah terhasilnya kasih sayang, dari situlah cinta antara kami terbina..

sekiranya ia tiada lagi,
kami tetap akan menyayangimu..
menemamimu suka duka,
bergelak ketawa..

kuatkan kami..
kuatkan dia..

c i n t a kami~

amin..

Saturday, February 11, 2012

Syukur~
Sangat bersyukur ya Allah..

Thursday, February 9, 2012

Cukupkah sujudku?~






















Subhanallah~
Alhamdulilah~
Allahuakbar~~

Tuesday, February 7, 2012

NWI hanya kisah lama

lebih baik kamu bergerak kehadapan

meninggalkan cerita yang lama

mencari kebahagiaan yang baru

insyaAllah
^^
semoga berjaya :)

Tuesday, January 24, 2012

kalau berjalan dalam kedai buku..
saya paling suka pada bahagian kanak-kanak..
bila tabiat saya ni nak berubah ya??
haih~

kalau berjalan dimana-mana..
saya suka pada tempat yang ada permainan..
nanti saya boleh bermain..
bila tabiat saya ni nak berubah ya?
haaih~

kalau saya nampak permainan warna air..
atau warna-warna yang lain~
saya mesti nak beli..
kalau murah rezeki pada waktu itu..
saya boleh main warna-warna nanti..
bila tabiat saya nak berubah ya???

kalau nak melukis..
saya mesti lukis bukit, matehari, pokok bunge, rumah, dan yang seangkatan dengannye..
bile saye tengok balik, kenape same dengan lukisan mase saye tadika???
haih~~
bile tabiat saye ni nak berubaaah ! *grrr

kalau sepupu saya datang nak main permainan saya,
saya mesti berebut balik...
saya cakap tu permainan saya...
bila tabiat saya ni nak berubah ya??

kalau berjalan..
saya cepat teruja dengan lampu yang baaanyak sekali..
lampu jalan pun saya suka,
sanggup saya keluar berjalan sebab nak tengok lampu jalan..
hahahaa
tapi~
haaih..

haih~
tabiat oh tabiat~~
buruk benar tabiat kamu ni wahida oi~
udah2 le tu.. umo pon dah takde 1 lagi dah.. due due umo dah jadi 2..
mama saye cakap umo macam ni dah dapat anak tiga..
tapi saya umo macam ni macam anak berumo 3 tahun..

okey..
belajar berubah~

still not mature enough..sigh~

Thursday, January 12, 2012

pabila kita tak dapat sesuatu yang kita hajati,
seboleh-bolehnya kita akan berusaha tak kira apa pun sampai kita dapat capai perkara tersebut..


dan pabila kita sudah dapat perkara tersebut,
kita akan berasa senang hati dan alpa serta leka dengan apa yang kita telah perolehi..


dan pabila kita terlepas tentang perkara tersebut,
barulah kita akan terasa menyesal dan menyalahkan diri sendiri kerana terlepas akan sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita..


belajar menghargai mereka selagi mereka masih ada....
peace~

Tuesday, January 10, 2012

7 tahun pertama ---- kita bermain bersama-sama dengan mereka
7 tahun kedua ---- kita mula mengasuh dan mendidik mereka
7 tahun yang berikutnya ------- jadikan mereka sebagai rakan dan sahabat

menunggu detik tersebut~
:)

Sunday, January 8, 2012

SAKIT

ianya teguran dari Allah
kamu mesti bertahan ya~

Wednesday, January 4, 2012

no no no~
can't be like this..
really..
you must be strong in these situations~

i knew you can Wahida !!
be guud~
alright ?!
:)
cepat-cepat tengok bulan !!
waah~~ terangnya..

nak survey telescope la macam ni.. ^^

Monday, January 2, 2012

saya sedar..
tiada perkara yang sempurna di dunia ini..
ada yang penuh dengan gelak tawa..
disebaliknya penuh dengan suka duka..
ada yang penuh dengan suka duka.. 
tetapi sebaliknya penuh dengan gelak tawa..

maha suci Allah..
saya perlukan bimbingan-Mu
semoga saya tidak sesat di alam ini..
Amin~